Thursday 22 December 2011

Holiday 2011

Citer pasal holiday ni memang menjadi kegemaran aku. Orang kata kalau ada tahi lalat kt kaki memang kuat jalan. Tp betul kot, aku and hubby memang suka pergi bercuti tp kena tengok pada kewanganla hehe...Normally kitaorg akan bercuti time cuti sekolah (mmgla sbb anak dh bersekolah). Kebanyakan booking last minute....nasib baik ada kalau tak harula hero sorang tu hehe... 

Universal Studio Singapore

Ini tempat yang paling best bagi school holiday kami 2011. Ini pun last minute...hajat memang dari awal thn lg tp asyik tertangguh jer. Cuma yg kali ni kami nekad walau pun runsing sbb bln 12 kan musim hujan. Kami buat tempahan melalui Hotel The Zone Johor. Kat cni diaorg ada buat package 3d2n + USS. So apa lagi senangla sbb semua pengangkutan ke USS diaorg sediakan. Kita just sediakan duit tuk belanja jer. 

1st Day

Kami bertolak dr Shah Alam lebih kurang jam 11 pg...bagi en hubby rehat dulu sbb dia baru jer tiba dr Jakarta kul 10. Kesian gk kat dia ...tp dah dia yang planning so kitaorg ikut jerla..lagi pun  tak yah nk rushing sbb dh call hotel nk late check in. Kitaorang sampai Johor lebih kurang kul 4pm. Before ke hotel, singgah ke UTM Skudai dulu..jumpa dengan adik kesayangan ku Ms Dilla. Lepas bawa dia kluar mkn barula kitaorg gerak ke hotel.





Hotel The Zone nak kata cantik (luaran) tu bagi aku biasa jerla..cuma interior design dia kt dalam tu lain ckit compare tu hotel2 lain kat Malaysia ni. Apa yg aku boleh katanya hotel ni banyak ikut design cam hotel kat Singapore. Kat hotel ni di tengahnya ada open hall. Situ kita akan dapat tgk live band buat persembahan. Ramai gkla aku tgk yg datang enjoy lepak kt ctu. Cam kitaorg ni just intai2 kot koridor jerla hehe...tdo bilik lagi best. Citer pasal bilik okla selesa. Satu jer yang best kat hotel ni...sbb dia satu bangunan dengan kedai bebas cukai. So apa lagi...shopping coklatla jawabnya hehe. Soal makan pun tak susah bila stay kat hotel ni..sbb kat luar banyak kedai makan yang sedap2. So malam2 kalau lapar bolehla klaur mkn kat kedai depan trafic light hotel tu. Situ banyak kedai2 masakan panas n ikan bakar.





2nd Day


Hari yang ditunggu-tunggu, kul 9pg after bfast kitaorg berkumpul tgu bas di lobi hotel. Rupanya ramai gk family lain yang join this package. Bas 2 tingkat menanti kami..wah x sabar rasanya. Dahla 1st time naik bas 2 tingkat ni..pastu plak dapat duduk tingkat atas plak tu...gayat semacam jek huhu..tp mmg best. So perjalanan bermula apabila bas berhenti di Imigresen Malaysia n Singapore dan tuk cop passport. Paling tak suka bila di Imigresen Singapore..punyala beratur panjang..ramai betul orang maybe sbb hr ahad kot. Tapi tula lenguh gkla berdiri beratur.


Lepas jer melalui kedua2 Imegresen ni barula kitaorang merasai pengembaraan sebenar ke USS. Masuk jer Singapore memang aku akagum sangat. Bersih dan nyaman. Bangunan cantik dan tersusun. First time aku ke Singapore dulu,  aku ikut udara ..so x nampak sangat environmentnya. Now bila datang dengan bas barula nampak hehe....Perjalanan kali mengambil masa setengah jam sahaja dr Woodlands. Diam tak diam dh sampai horeyyyy...

So apa lagi enjoyylaaa......Kitaorg diberi masa selama 9 jam, kul 9.30 pm masing2 dh kena ada kat bas saper lewat tinggal hehe. So our plan pusing semua dulu...after that barula main sbb kalau main siang2 orang ramai so bila petang org dh sedikit baru bleh enjoy puas.

Pengembaraan kami bermula dari Hollywood city dulu...kat sini ada banyak karektor kartun and filem..biasanya diorang akan ada dijalanan tuk bg peluang kat pengunjung ambil gambar. Tapi kalau nk tangkap gambar kena beraturla hehe panjang woo.. aku plak just curi2 amik gambar jauh2..nak beratur malas. Kat hollywood ni best gk..nk2 kalau g tgk pertunjukan oleh Steven Spielberg. Ctu dia tunjukkan camner dia buat movie, sound effect, and bagai2. Mmg real...boleh terasala time ribut, ombak besar mmg suspen hehe....






                                                     Pintu masuk USS

                                                        Hollywood Show

 
                                                          Bumblebee @ Transformer City

                                                           Hero Mummy The Return

                                                         Far Away: Sherk & Princess Fiona

                                      
Memang happening...semua tempat best. Transformer City, Mummy The Return, Jurassic Park, Madagascar and Far Away: Shrek...sempatla 2x kitaorg pusing sampai ke mlm hehe. Tak terasa penatnya. Nak citer satu2 mmg x cukup rasanya, lg pun x suprisela plak if aku citer semua kat uols hehe..Cuma pesan aku kalau uols nak pergi sana better tunggu anak besarla best ckit sbb ada sesetengah mainan tu kanak2 tak boleh main. Rugila dah bayar mahal2 tapi xleh mainkan hehe...Soal makanan korang jangan runsing kat dalam ni ada cafe yang halal...kalau nk makan nasi aku suggestkan ke cafe yang ada kat kawasan Mummy the Returns. Tempat lain pun korang boleh mkn kecuali cafe kat Transformers City ctu non halal. So after dh enjoy semua tempat apa lagi shopping timela plak hehe....

                               


Lebih kurang kul 11 mlm kitaorg sampai hotel...penat yang amat tp berbaloi2..mmg x puas InsyaAllah kalau ada rezeki nak pergi lagi.


3rd Day


Last day at Johor...so pagi2 bangun packing baju loor...Ni antara barang yg sempat kitaorg cekau smlm hehe...










No comments:

Post a Comment