Thursday 16 February 2012

Umrah 2008

Tiba-tiba terasa rindu apabila aku dok menonton rancangan Jemputan Umrah @ Astro mlm tadi. Teringat kenangan kami sekeluarga lbh kurang 4 thn dulu. Alhamdulillah Allah SWT telah memilih kami tuk mengunjungi rumah suciNYA di sana. Actually ia merupakan hadiah kepada aku yang telah berkhidmat selama 5 thn di Opis Lama hehe...apa2 pun ucapan terima kasih kepada Mgmt Opis Lama yang telah memberi penghargaan yang tak ternilai ini huhu...yerla siap sponsor spouse lagi tu. So memandangkan Adam masa tu berumur 5thn, so kami sepakat tuk membawanya bersama. Lagi pun Alhamdulillah dia dh boleh baca sesetengah doa so aku tak mahu lpskan peluang ini tuk membawanya bersama. Ramai gkla org nasihatkan agar jangan bawa anak, takut susah bila nk buat ibadat nanti. Tp kami berdua nekad gk sbb percaya semuanya adalah ketentuan Allah SWT. Semoga Allah SWT memudahkan ibadah kami sekeluarga di sana. Amin.

Atas nasihat serta cadangan dari rakan2 opis yang dh pergi ke sana, kami memilih untuk mengunakan Syarikat Andalusia Travel & Tours sebagai agent perjalanan kami. Actually syarikat ini di bawah penasihat Dato Ust Daud Che Ngah iaitu mantan Pengerusi Tabung Haji (kalau x silap). So masa kursus umrah tu mmg dengan Dato Daud sendirila yang akan bg ceramah. Memang Best!! Banyak nasihat dan tunjuk ajar yang dia berikan kepada kami semua. 

Untuk persiapan pula setakat ala kadar sahaja. Kami menyediakan barang2 yang perlu sahaja. Semua kelengkapan uols boleh cari kat Mydin jer. Kat situ semua kelengkapan untuk pergi haji or umrah ada di jual. Senang 1 stop centre hehe.

 Adam 5 thn

 tgh tgu flight & ahli rombongan yg lain

Alhamdulillah perjalanan berjalan lancar. Kitaorg sampai di Jeddah lebih kurang jam 11pm pastu bertolak ke Kota Madinah dengan menggunakan bas rombongan yang telah sedia menanti. Perjalanan mengambil masa selama 2 jam untuk sampai ke hotel kami di Madinah. Dalam perjalanan tu mmg tak tahu nk gambarkan apa saat tu...letih but at the same time teruja. Teruja nak melihat dan menjejakkan kaki ke Masjid Nabawi di mana terletaknya Makam Rasulullah SAW.

After solat, makan dan melalui gerbang imigresen Arab baru di kejauhan kami melihat sayup2 Masjid Nabawi. Dan akhirnya kami sampai di hotel yang terletak tak sampai 2meter dr Masjid Nabawi. Kiranya dari tingkap hotel mmg nampak jelasla masjid. Jejak jer kaki trn dr bas tu...Ya Allah semacam perasaan yg ada time tu...hiba, gembira nk nangis semua ada. Tak sangka di depan mata sekarang adalah Masjid Nabawi....x sabar nk solat ctu n mengunjungi Makam Rasulullah SAW.

Sepanjang di Madinah, Kami juga berpeluang untuk melawat tempat2 sejarah Islam dulu serta melawat ladang kurma.





After 3 hari di Kota Madinah, tibala hari yang ditunggu2 untuk berangkat ke Kota Mekah untuk mengerjakan umrah. Alhamdulillah sebelum aku meninggalkan kota Madinah ini, Allah telah mempermudahkan aku tuk mengunjungi Makam Rasullah serta bersolat sunat di Raudah. Satu perasaan yang tidak dapat di gambarkan dan diucapkan oleh kata2. Sayu meninggalkan Mu Ya Rasulullah...moga aku menjadi umat mu yang taat serta rezeki ku untuk mengunjungi makam mu di berkati Allah SWT. Amin.



Pejalananan ke Mekah mengambil masa dalam 2 jam perjalanan. Sepanjang perjalanan kami diisi dengan takbir yang diketuai oleh Mutawif kami. Timbul perasaan takut, berdebar dan teruja sbb sesampainya kami ke Kota Mekah, kami akan terus ke Masjiddil Haram untuk menunaikan umrah. Hubungan dengan anggota rombongan lain pun mmg best. Semua baik baik belaka especially family Kak Shikin from Taiping.


Akhirnya tiba jua kami di Tanah Suci Mekah. pabila terpandangkan Masjidil Haram di depan mata serta melihatkan Kaabah berdiri megah di tengah2nya bersama lautan manusia yang tidak pernah putus mengelilinginya....kakiku kaku di situ bersama perasaan yang bersatu..keliru, tak percaya, sebak, gembira, syukur ....Ya Allah... syukur sangat-sangat ..perasaan sebak memenuhi dadaku...menitis air mata kesyukuran atas rezeki serta nikmat yang tak terhingga dari Allah SWT berikan untuk kami sekeluarga.

 Pandangan luar Masjidil Haram

 Kaabah di malam yg hening

Sepanjang di Kota Mekah kami juga dibawa melawat ke beberapa tempat bersejarah.







Alhamdulillah selesai sudah ibadah umrah..moga mendapat umrah yg mabrur.Amin  Syukur Ya Allah Engkau permudahkan ibadat kami. Sehinggakan byk kami kami meninggalkan Adam seorang diri di bilik untuk menunaikan solat subuh di Masjidil Haram. Alhamdulillah dia tak nangis, bila kami balik dia masih lagi tidur. Rupanya bila balik Malaysia baru kami tahu bahawa semasa kami pergi ke Masjid tu rupa2nya dia tersedar dan bila mendapati kami tiada dia terus tidur balik. Bila tanya "Adam tak nangis ke masa Mama dan Papa takde?" Katanya " tak mama...Adam terus tdo jer"... MasyaAllah kebesaran Allah SWT. Dia telah yang telah pelihara Adam sepanjang ketiadaan kami. Alhamdulillah....

"Ya Allah moga kami masih lagi menjadi pilihanMu sebagai jemputan untuk kesina untuk menunaikan Haji dan umrah suatu hari nanti. Amin.









Thursday 26 January 2012

Selamat Tahun Baru..

Goodbye 2011!!! Akhir tahun 2011 hari tu aku celebrate ngan Mr Hubby kat IOI Resort & Spa Putrajaya hehe hanya berdua jer. Adam kitaorang tumpangkan kat rumah adik ipar... Saja buang tebiat..tiba2 rasa cm nk manja2 cam zaman couple2 dulu. Kitaorg ambil package Rest & Relax, package ni include dengan penginapan 2D1N, 2 paxs bfast, 2 paxs dinner and yang paling best 2 paxs full body massage. Memang best giler n recommended. Dapatla hilangkan stress berkerja n lenguh2 badan.

Masuk jer tahun baru 2012 sure semua orang ada azam. Hrmm bagi aku tak taula nk azam apa tahun ni....sbb selalunya aku ni jenis yang ikut flow jer..terukkan? cam xde wawasan hahaha...Yang pasti 2012 ni rasanya ada beberapa event or moment menarik yang bakal terjadi. First anniversary kami yg ke 10, 2nd 2 org anak buah akan bertunang...huhu tua rasanya anak buah dh nk nikah, rasanya baru jer main2 n jaga diaorg masa kecik2 dulu. Apa pun hidup mesti diteruskan, tahun dan pengalaman akan mematangkan kita. Moga di tahun baru ni aku akan lebih success serta apa yang aku idamkan selama 9thn akan menjadi kenyataan..InsyaAllah..


Thursday 22 December 2011

Holiday 2011

Citer pasal holiday ni memang menjadi kegemaran aku. Orang kata kalau ada tahi lalat kt kaki memang kuat jalan. Tp betul kot, aku and hubby memang suka pergi bercuti tp kena tengok pada kewanganla hehe...Normally kitaorg akan bercuti time cuti sekolah (mmgla sbb anak dh bersekolah). Kebanyakan booking last minute....nasib baik ada kalau tak harula hero sorang tu hehe... 

Universal Studio Singapore

Ini tempat yang paling best bagi school holiday kami 2011. Ini pun last minute...hajat memang dari awal thn lg tp asyik tertangguh jer. Cuma yg kali ni kami nekad walau pun runsing sbb bln 12 kan musim hujan. Kami buat tempahan melalui Hotel The Zone Johor. Kat cni diaorg ada buat package 3d2n + USS. So apa lagi senangla sbb semua pengangkutan ke USS diaorg sediakan. Kita just sediakan duit tuk belanja jer. 

1st Day

Kami bertolak dr Shah Alam lebih kurang jam 11 pg...bagi en hubby rehat dulu sbb dia baru jer tiba dr Jakarta kul 10. Kesian gk kat dia ...tp dah dia yang planning so kitaorg ikut jerla..lagi pun  tak yah nk rushing sbb dh call hotel nk late check in. Kitaorang sampai Johor lebih kurang kul 4pm. Before ke hotel, singgah ke UTM Skudai dulu..jumpa dengan adik kesayangan ku Ms Dilla. Lepas bawa dia kluar mkn barula kitaorg gerak ke hotel.





Hotel The Zone nak kata cantik (luaran) tu bagi aku biasa jerla..cuma interior design dia kt dalam tu lain ckit compare tu hotel2 lain kat Malaysia ni. Apa yg aku boleh katanya hotel ni banyak ikut design cam hotel kat Singapore. Kat hotel ni di tengahnya ada open hall. Situ kita akan dapat tgk live band buat persembahan. Ramai gkla aku tgk yg datang enjoy lepak kt ctu. Cam kitaorg ni just intai2 kot koridor jerla hehe...tdo bilik lagi best. Citer pasal bilik okla selesa. Satu jer yang best kat hotel ni...sbb dia satu bangunan dengan kedai bebas cukai. So apa lagi...shopping coklatla jawabnya hehe. Soal makan pun tak susah bila stay kat hotel ni..sbb kat luar banyak kedai makan yang sedap2. So malam2 kalau lapar bolehla klaur mkn kat kedai depan trafic light hotel tu. Situ banyak kedai2 masakan panas n ikan bakar.





2nd Day


Hari yang ditunggu-tunggu, kul 9pg after bfast kitaorg berkumpul tgu bas di lobi hotel. Rupanya ramai gk family lain yang join this package. Bas 2 tingkat menanti kami..wah x sabar rasanya. Dahla 1st time naik bas 2 tingkat ni..pastu plak dapat duduk tingkat atas plak tu...gayat semacam jek huhu..tp mmg best. So perjalanan bermula apabila bas berhenti di Imigresen Malaysia n Singapore dan tuk cop passport. Paling tak suka bila di Imigresen Singapore..punyala beratur panjang..ramai betul orang maybe sbb hr ahad kot. Tapi tula lenguh gkla berdiri beratur.


Lepas jer melalui kedua2 Imegresen ni barula kitaorang merasai pengembaraan sebenar ke USS. Masuk jer Singapore memang aku akagum sangat. Bersih dan nyaman. Bangunan cantik dan tersusun. First time aku ke Singapore dulu,  aku ikut udara ..so x nampak sangat environmentnya. Now bila datang dengan bas barula nampak hehe....Perjalanan kali mengambil masa setengah jam sahaja dr Woodlands. Diam tak diam dh sampai horeyyyy...

So apa lagi enjoyylaaa......Kitaorg diberi masa selama 9 jam, kul 9.30 pm masing2 dh kena ada kat bas saper lewat tinggal hehe. So our plan pusing semua dulu...after that barula main sbb kalau main siang2 orang ramai so bila petang org dh sedikit baru bleh enjoy puas.

Pengembaraan kami bermula dari Hollywood city dulu...kat sini ada banyak karektor kartun and filem..biasanya diorang akan ada dijalanan tuk bg peluang kat pengunjung ambil gambar. Tapi kalau nk tangkap gambar kena beraturla hehe panjang woo.. aku plak just curi2 amik gambar jauh2..nak beratur malas. Kat hollywood ni best gk..nk2 kalau g tgk pertunjukan oleh Steven Spielberg. Ctu dia tunjukkan camner dia buat movie, sound effect, and bagai2. Mmg real...boleh terasala time ribut, ombak besar mmg suspen hehe....






                                                     Pintu masuk USS

                                                        Hollywood Show

 
                                                          Bumblebee @ Transformer City

                                                           Hero Mummy The Return

                                                         Far Away: Sherk & Princess Fiona

                                      
Memang happening...semua tempat best. Transformer City, Mummy The Return, Jurassic Park, Madagascar and Far Away: Shrek...sempatla 2x kitaorg pusing sampai ke mlm hehe. Tak terasa penatnya. Nak citer satu2 mmg x cukup rasanya, lg pun x suprisela plak if aku citer semua kat uols hehe..Cuma pesan aku kalau uols nak pergi sana better tunggu anak besarla best ckit sbb ada sesetengah mainan tu kanak2 tak boleh main. Rugila dah bayar mahal2 tapi xleh mainkan hehe...Soal makanan korang jangan runsing kat dalam ni ada cafe yang halal...kalau nk makan nasi aku suggestkan ke cafe yang ada kat kawasan Mummy the Returns. Tempat lain pun korang boleh mkn kecuali cafe kat Transformers City ctu non halal. So after dh enjoy semua tempat apa lagi shopping timela plak hehe....

                               


Lebih kurang kul 11 mlm kitaorg sampai hotel...penat yang amat tp berbaloi2..mmg x puas InsyaAllah kalau ada rezeki nak pergi lagi.


3rd Day


Last day at Johor...so pagi2 bangun packing baju loor...Ni antara barang yg sempat kitaorg cekau smlm hehe...










Wednesday 21 December 2011

9A's again

9A's???? terkejut and tersenyap kejap. Alhamdulillah tu yang terbit dalam hati bila terima berita gembira ini..Nur Nadira Ahmad Huda (aku panggil dia Dhiya hehe) dapat 9A dlm PMR? Memang susah nk caya, bukan apa dengan perangainya yang tak pernah serius and selamba and peminat setia cerita Korea tu tup-tup meletup gk resultnya. Kira uminya pun pening kepala dengan anak bongsu sorang ni. Alhamdulillah dia ikut jejak kejayaan kakaknya Kak Long Aha hehehe...apa-apa pun Dhira, Sue tabik ngan Dhira coz Dhira dapat buktikan yang Dhira pn setanding ngan Kak Long. Berusaha lagi yer....Ingat Korea tunggu Dhira di sana hehe....

Tuesday 20 December 2011

Salam Perkenalan

Alhamdulillah tercapai gk hajat tuk mempunyai blog sendiri. Rasanya hajat ni dari opis lama lagi sampaila dh 2 thn dekat opis baru, barula terhasilnya chintakaseh77 ni hehe. Tp masalahnya bila dh ada blog ni cam tak tau plak nk tulis ape huhu? Buntu2...bila pkir punya pkir aku putuskan tuk kongsikan apa2 yang menarik dan dapat memberi manafaat tuk kita bersama....