Thursday 16 February 2012

Umrah 2008

Tiba-tiba terasa rindu apabila aku dok menonton rancangan Jemputan Umrah @ Astro mlm tadi. Teringat kenangan kami sekeluarga lbh kurang 4 thn dulu. Alhamdulillah Allah SWT telah memilih kami tuk mengunjungi rumah suciNYA di sana. Actually ia merupakan hadiah kepada aku yang telah berkhidmat selama 5 thn di Opis Lama hehe...apa2 pun ucapan terima kasih kepada Mgmt Opis Lama yang telah memberi penghargaan yang tak ternilai ini huhu...yerla siap sponsor spouse lagi tu. So memandangkan Adam masa tu berumur 5thn, so kami sepakat tuk membawanya bersama. Lagi pun Alhamdulillah dia dh boleh baca sesetengah doa so aku tak mahu lpskan peluang ini tuk membawanya bersama. Ramai gkla org nasihatkan agar jangan bawa anak, takut susah bila nk buat ibadat nanti. Tp kami berdua nekad gk sbb percaya semuanya adalah ketentuan Allah SWT. Semoga Allah SWT memudahkan ibadah kami sekeluarga di sana. Amin.

Atas nasihat serta cadangan dari rakan2 opis yang dh pergi ke sana, kami memilih untuk mengunakan Syarikat Andalusia Travel & Tours sebagai agent perjalanan kami. Actually syarikat ini di bawah penasihat Dato Ust Daud Che Ngah iaitu mantan Pengerusi Tabung Haji (kalau x silap). So masa kursus umrah tu mmg dengan Dato Daud sendirila yang akan bg ceramah. Memang Best!! Banyak nasihat dan tunjuk ajar yang dia berikan kepada kami semua. 

Untuk persiapan pula setakat ala kadar sahaja. Kami menyediakan barang2 yang perlu sahaja. Semua kelengkapan uols boleh cari kat Mydin jer. Kat situ semua kelengkapan untuk pergi haji or umrah ada di jual. Senang 1 stop centre hehe.

 Adam 5 thn

 tgh tgu flight & ahli rombongan yg lain

Alhamdulillah perjalanan berjalan lancar. Kitaorg sampai di Jeddah lebih kurang jam 11pm pastu bertolak ke Kota Madinah dengan menggunakan bas rombongan yang telah sedia menanti. Perjalanan mengambil masa selama 2 jam untuk sampai ke hotel kami di Madinah. Dalam perjalanan tu mmg tak tahu nk gambarkan apa saat tu...letih but at the same time teruja. Teruja nak melihat dan menjejakkan kaki ke Masjid Nabawi di mana terletaknya Makam Rasulullah SAW.

After solat, makan dan melalui gerbang imigresen Arab baru di kejauhan kami melihat sayup2 Masjid Nabawi. Dan akhirnya kami sampai di hotel yang terletak tak sampai 2meter dr Masjid Nabawi. Kiranya dari tingkap hotel mmg nampak jelasla masjid. Jejak jer kaki trn dr bas tu...Ya Allah semacam perasaan yg ada time tu...hiba, gembira nk nangis semua ada. Tak sangka di depan mata sekarang adalah Masjid Nabawi....x sabar nk solat ctu n mengunjungi Makam Rasulullah SAW.

Sepanjang di Madinah, Kami juga berpeluang untuk melawat tempat2 sejarah Islam dulu serta melawat ladang kurma.





After 3 hari di Kota Madinah, tibala hari yang ditunggu2 untuk berangkat ke Kota Mekah untuk mengerjakan umrah. Alhamdulillah sebelum aku meninggalkan kota Madinah ini, Allah telah mempermudahkan aku tuk mengunjungi Makam Rasullah serta bersolat sunat di Raudah. Satu perasaan yang tidak dapat di gambarkan dan diucapkan oleh kata2. Sayu meninggalkan Mu Ya Rasulullah...moga aku menjadi umat mu yang taat serta rezeki ku untuk mengunjungi makam mu di berkati Allah SWT. Amin.



Pejalananan ke Mekah mengambil masa dalam 2 jam perjalanan. Sepanjang perjalanan kami diisi dengan takbir yang diketuai oleh Mutawif kami. Timbul perasaan takut, berdebar dan teruja sbb sesampainya kami ke Kota Mekah, kami akan terus ke Masjiddil Haram untuk menunaikan umrah. Hubungan dengan anggota rombongan lain pun mmg best. Semua baik baik belaka especially family Kak Shikin from Taiping.


Akhirnya tiba jua kami di Tanah Suci Mekah. pabila terpandangkan Masjidil Haram di depan mata serta melihatkan Kaabah berdiri megah di tengah2nya bersama lautan manusia yang tidak pernah putus mengelilinginya....kakiku kaku di situ bersama perasaan yang bersatu..keliru, tak percaya, sebak, gembira, syukur ....Ya Allah... syukur sangat-sangat ..perasaan sebak memenuhi dadaku...menitis air mata kesyukuran atas rezeki serta nikmat yang tak terhingga dari Allah SWT berikan untuk kami sekeluarga.

 Pandangan luar Masjidil Haram

 Kaabah di malam yg hening

Sepanjang di Kota Mekah kami juga dibawa melawat ke beberapa tempat bersejarah.







Alhamdulillah selesai sudah ibadah umrah..moga mendapat umrah yg mabrur.Amin  Syukur Ya Allah Engkau permudahkan ibadat kami. Sehinggakan byk kami kami meninggalkan Adam seorang diri di bilik untuk menunaikan solat subuh di Masjidil Haram. Alhamdulillah dia tak nangis, bila kami balik dia masih lagi tidur. Rupanya bila balik Malaysia baru kami tahu bahawa semasa kami pergi ke Masjid tu rupa2nya dia tersedar dan bila mendapati kami tiada dia terus tidur balik. Bila tanya "Adam tak nangis ke masa Mama dan Papa takde?" Katanya " tak mama...Adam terus tdo jer"... MasyaAllah kebesaran Allah SWT. Dia telah yang telah pelihara Adam sepanjang ketiadaan kami. Alhamdulillah....

"Ya Allah moga kami masih lagi menjadi pilihanMu sebagai jemputan untuk kesina untuk menunaikan Haji dan umrah suatu hari nanti. Amin.









No comments:

Post a Comment